Wednesday, August 26, 2009

Akidah

Akidah:

Akidah Islam merupakan penutup akidah samawi yang mana Al-Quran dan sunnah rasul yang agung secara lengkap telah menjelaskan akidah itu dan memberikan petunjuk kepadanya iaitu berupa keimanan kepada Allah,hari akhirat,para malaikat,kitab-kitab suci dan para nabi.

Akidah inilah yang memecahkan rahsia hidup dan mentafsirkan kepada manusia rahsia kehidupan dan kematian serta menjawab pertanyaan abadinya.Akidah ini bukan merupakan kekayaan islam dan bukan merupakan penemuan nabi Muhammad.Ia merupakan akidah murni yang dibawakan oleh semua nabi yang diutus Allah dan diturunkan oleh semua kitab suci langit sebelum kitab-kitab itu mengalami distersi,penyelewengan dan perubahan.

Akidah itu merupakan hakikat abadi yang tidak mengalami proses evolusi dan tak pernah berubah,iaitu akidah tentang Allah dan hubungannya dengan alam ini,tentang alam nyata yang diperlihatkan kepada manusia dan tentang alam ghaib yang tak diperlihatkan padanya tentang hakikat kehidupan ini dan peranan manusia di dalamnya serta nasib manusia setelah kehidupan dunia.


Dr.Yusuf Al-Qardhawy
Pengantar Kajian Islam
Pustaka Al-Khausar,Jakarta-maktabah wahbah,Cairo(asalnya)
1996M-1416H

Renungi golongan itu

Adalah diriwayatkan bahawa ayat yang tersebut diatas pernah ditanyakan
oleh Saidina Muaz bin Jabal, katanya, "Ya Rasulullah, apa maksudnya ayat
ini?" Maka Rasulullah saw menangis sebelum menjawab soalan tersebut
kerana inilah yang selalu dibimbangkan oleh baginda. Lalu baginda
menjawab: "Ya Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi
12 golongan. Sebanyak 11 golongan akan memasuki neraka dan hanya 1
golongan sahaja yang akan memasuki syurga. Adapun 11 golongan yang
memasuki neraka adalah seperti berikut:-

1.Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan. Ini adalah kerana mereka
suka menyakiti hati jiran tetangga.

2.Mereka yang menyerupai babi. Ini adalah balasan bagi orang yang suka
melengah-lengahkan solat lima waktu.

3.Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular dan
kala. Inilah balasan bagi mereka yang enggan mengeluarkan zakat.

4.Mereka yang keluar darah dari mulutnya. Inilah balasan mereka yang
berdusta.

5.Mereka yang berbau busuk seluruh badannya. Ini adalah balasan mereka
yang mengaut keuntungan dalam jual beli atas penipuan.

6.Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu. Ini adalah
balasan mereka yang menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat.

7.Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dan darah
dari mulut. Ini balasan mereka yang tidak mahu menyaksikan kebenaran.

8.Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala dibawah dan
kakinya keatas. Ini adalah balasan mereka yang berzina serta mati
sebelum bertaubat.

9.Mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api. Ini
balasan mereka yang memakan harta anak yatim secara zalim.

10.Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit2 lain yang menjijikan.
Ini adalah balasan mereka yang berani melawan kedua ibu bapanya.

11.Meraka yang buta matanya dan hatinya, giginya seperti tanduk,
bibirnya berjuntai hingga keperut, dari perut dan pehanya keluar
kotoran. Ini adalah balasan mereka minum minuman keras.

Dan satu golongan yang masuk ke syurga ialah:

12.Mereka yang wajahnya bagaikan bulan purnama, berjalan di atas titian
Mustaqim laksana kilat. Ini balasan orang yang beramal salih dan
menjauhi maksiat serta mendirikan solat lima waktu dan mati dalam
keadaan bertaubat.

Akal menurut al-Ghazali.

Al Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali R.A, berpendapat akal memainkan peranan yang penting kepada manusia untuk menerima ilmu pengetahuan. Beliau merumuskan akal berperanan sebagai gudang ilmu. Dalam erti kata lain akal berperanan menentukan 'kasta' seseorang manusia pada darjat atau kedudukan yang baik dan terpuji kerana keilmuan tersebut. Hal ini bertepatan dengan realiti masyarakat, di mana manusia yang berilmu dan luas pengetahuan dipandang mulia oleh masyarakat.

Di dalam Al-Quran al-Karim Allah SWT mengulang-ulang perkataan yang berkaitan dengan akal melebihi 50 kali. Ini menunjukkan betapa mulianya akal kepada manusia berbanding makhluk yang lain. Melalui nikmat akal tersebut manusia menerima taklif. Menerusi akal juga manusia mencari petunjuk serta kebenaran untuk menjadikan kehidupan mereka menghala kepada kebaikan dan menjauhi keburukan.

Akal juga sangat luas peranannya kepada kehidupan manusia. Melalui akal manusia berfikir dan mengkaji untuk menjadikan kehidupan lebih bermakna. Akal akan melahirkan idea yang berkesan untuk menentukan baik buruk sesuatu perkara. Allah SWT menjadikan manusia sebagai makhluk yang sangat dinamik kerana penganugerahan akal tersebut. Melaluinya manusia mampu mentadbir dan memakmurkan dunia ini bagi melunasi taklif sebagai 'khalifah' serta mematuhi segala perintah dan menjauhi segala laranganNya.

Pun begitu, kemampuan akal adalah terbatas. Akal tidak mampu menanggap atau memikirkan semua perkara. Oleh sebab itu, manusia perlu menyedari dan menginsafi akan hal kejadian mereka yang tidak terlalu sempurna supaya menjadikan kehidupan seimbang dan tidak bersifat angkuh, sombong dan sebagainya. Renungi sejenak! Akal hanya mampu menaakul apa yang berkaitan dengan alam nyata sahaja, sedangkan apa yang menjangkaui alam ghaib akal tidak dapat mengetahuinya kecuali melalui wahyu sebagaimana yang berlaku kepada perutusan para nabi dan rasul Allah.