Monday, October 19, 2009

CABARAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN BERTERASKAN ISLAM

Terdapat pelbagai cabaran yang perlu ditempuhi oleh umat Islam dalam membangunkan keintelektualan Islam itu sendiri. Cabaran ini boleh dibahagikan kepada dua faktor iaitu faktor dalaman dan faktor dalaman. Faktor luaran ialah faktor yang datang daripada musuh-musuh Islam yang hendak menjatuhkan agama Islam itu sendiri malalui pelbagai cara sama ada secara kasar atau halus. Manakala faktor dalaman ialah faktor yang datang daripada kesilapan umat Islam itu sendiri yang memandang ringan tentang pendidikan berteraskan Islam.
Jika dilihat berdasarkan faktor dalaman dan luaran ini, dapat disimpulkan bahawa terdapat pelbagai cabaran yang dihadapi oleh umat Islam dalam pembangunan pendidikan berteraskan Islam. Antaranya termasuklah perkembangan teknologi maklumat yang semakin pesat dan maju dan ini menyebabkan umat Islam bertindak berlebih-lebihan mencontohi Barat tanpa memikirkan kesan yang mungkin membawa kepada kerugian umat Islam itu sendiri.
Selain itu, majoriti masyarakat Islam yang buta huruf jahil mengenai agama Islam itu sendiri merupakan salah satu cabaran yang dihadapi oleh pembangunan pendidikan berteraskan Islam. Ini kerana disebabkan umat Islam yang buta huruf ini telah menjauhkan lagi mereka daripada mengenal Allah s.w.t seterusnya tidak mengaplikasikan perkara-perkara yang dituntut oleh agama kerana kejahilan mereka itu sendiri. Tambahan pula, terdapat masyarakat Islam yang mengetahui kejahilan mereka tetapi sombong dan bongkak dengan tidak mengambil langkah untuk mengenali dan mendalami agama Islam itu sendiri.
Terdapat juga cabaran yang dihadapi di dalam pembangunan pendidikan berteraskan Islam hasil daripada perpecahan sesama Umat Islam itu sendiri. Ini dapat dilihat di dalam konteks di Malaysia sendiri yang menyebabkan terdapat dua golongan umat Islam yang berbalah dan saling menjatuhkan sesama sendiri. Selain itu, terdapat juga perpecahan umat Islam yang wujud kerana berbeza fahaman dan ajaran sehinggakan sanggup berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Contohnya di Iran, boleh dilihat fahaman Syiah dan Sunni sanggup bergaduh dan berbunuhan sesama sendiri untuk menegakkan fahaman masing-masing. Ini menyebabkan musuh-musuh Islam mudah untuk menjadikan umat Islam sebagai habuan mereka ke arah menjatuhkan Islam.
Dapat disimpulkan juga bahawa pengaruh sistem pengajian moden juga memberi cabaran yang amat besar kepada pembangunan pendidikan yang berteraskan Islam. Ini kerana pendidikan yang berteraskan Islam perlu bersaing dengan pengajian moden seperti ilmu sains dan tekonologi. Selain daripada itu, ilmu sains dan teknologi ini menawarkan peluang pekerjaan yang meluas berbanding pengajian Islam dan telah menarik minat masyarakat Islam untuk mendalami ilmu sains dan teknologi ini berbanding ilmu Islam itu sendiri.
Cabaran yang dihadapi juga adalah daripada perubahan sistem nilai masyarakat yang mengagungkan pendidikan Barat, Ini kerana ramai yang berpendapat bahawa pengajian Islam tidak akan membuka minda seseorang itu sedangkan pendidikan Barat dapat menjadikan seseorang itu tidak jumud dan sentiasa berfikiran terbuka. Golongan yang mengagungkan pendidikan yang berteraskan Barat ini juga berpendapat bahawa sekiranya dapat menguasai ilmu Barat, maka mereka akan disanjungi dan dipuji tentang keintelektualan mereka. Kesannya pendidikan yang berteraskan Islam ini di ketepikan dan terbantut pembangunannya.
Cabaran yang paling getir ialah lulusan agama tidak mengetahui pengetahuan mendalam mengenai Islam. Cabaran ini merupakan cabaran yang perlu di pandang serius oleh umat Islam kerana ia akan membawa kemusnahan kepada Islam itu sendiri. Telah di sebutkan di dalam al-Quran akan ada suatu masa, pemimpin yang diangkat menjadi pemimpin umat manusia adalah terdiri daripada golongan-golongan yang jahil. Hasil kejahilan daripada mereka maka dia akan membawa masyarakatnya ke arah kejahilannya sekali seterusnya meruntuhkan masyarakatnya.
Oleh itu, cabaran-cabaran yang dihadapi di dalam pembangunan pendidikan berteraskan Islam ini perlulah di pandang serius oleh semua pihak sama ada dari pihak kerajaan atau masyarakatnya. Pihak kerajaan khususnya perlu menitik beratkan pengajian Islam bersama-sama pengajian Sains agar kedua-duanya seiring seterusnya dapat memberi manfaat kepada umat Islam khususnya. Selain itu, kerjasama daripada masyarakat Islam juga diperlukan untuk membantu perkembangan pembangunan pendidikan berteraskan Islam dapat ke arah yang lebih tinggi. Mentaliti bahawa pendidikan yang berteraskan Islam ini tidak maju dan keterbelakang perlu dikikis kerana sejarah membuktikan bahawa umat Islam pada zaman dahulu adalah tamadun yang termaju sebelum kejatuhan satu per satu empayar Islam di muka bumi. Juga tidak dinafikan bahawa ilmu-ilmu yang datang dari Barat merupakan ilmu umat Islam terdahulu tatapi ditiru oleh mereka untuk menjatuhkan Islam seterusnya mengaku bahawa ilmu itu milik mereka.

HAJI ABDUL KARIM MALIK KARIM AMRULLAH @ HAMKA

Prof. Haji Abdul Malik Karim Amrullah @ HAMKA
• Born in Maninjau,West Sumatera.
• Born in February 17 1908,died in 24 July 1981.
• Was a prominent Indonesian author,ulema and politician.
• His father name is Syeikh Abdul Karim Abdullah known as Hj Rasul,led and inspired the reform movement in Sumatera.
• In 1970,Hamka was the leader of Majelis Ulama Indonesia,the biggest Muslim organizations in Indonesia beside Nahdatul Ulama and Muhammadiyah.
• In the Dutch Colonial era,Hamka was the chief editor of Indonesian magazines such as Pedoman Masyarakat and Panji Masyarakat .
• List of books and novels:
1. Khatibul Ummah(written in Arabic)
2. Si Sabariah(1928)
3. Hikmat isra’ mikraj
4. Laila Majnun
5. Tasawwuf moden
6. Negara Islam
7. Tafsir al-Azhar
• Honour and award:
1. Award from University al-Azhar in 1958
2. Honoris Causa doctor from Malaysia National University in 1974.
3. Datuk Indono and Pengeran Winguna from president of Indonesia.

MURTAD

PENGERTIAN MURTAD

Menurut Pengertian Bahasa
Murtad menurut bahasa arab berasal daripada perkataan riddah. Dari segi bahasa, riddah bermakna kembali daripada sesuatu yang selainnya.

Menurut Pengertian Syara’

Menurut Imam al- Husni, murtad bermaksud keluar daripada Islam dan kembali kepada kufur serta membebaskan diri daripada Islam. Mereka ini merasakan bahawa Islam suatu agama yang mengongkong umatnya daripada merasakan nikmat yang ada di dunia ini.
Menurut Al-Sheikh Abd al-Qadir Awdah, murtad bermaksud meninggalkan Agama Islam dan keluar daripadanya (Islam) setelah mengganutnya.
Manakala Sayid Sabiq mendefinisikan murtad iaitu kembali daripada Islam yang berakal dan dewasa kepada kekafiran dengan kehendaknya sendiri tanpa ada paksaan dari orang lain sama ada lelaki atau perempuan.
Menurut Tengku Iskandar, murtad bermaksud keluar daripada Islam sama ada melalui perbuatan, perkataan atau niat. Orang yang melakukan demikian adalah kafir.
Doktor Wahbah al Zuhayli berpendapat mengatakan murtad ialah seseorang yang berpaling daripada Islam dan kembali kepada kufur,sama ada dengan niat atau perbuatan atau perkataan yang mengkafirkan sama ada berbentuk gurauan atau penentangan atau i’tiqad.
Dalam soal beragama, kita tidak boleh mempermain-mainkannya kerana itu berhubung dengan akidah. Dalam Akidah Islamiah, walaupun seseorang itu bergurau atau berlakon keluar daripada agama Islam,ia dikira sudah kafir.
Menurut al Zuhri dalam Syarah Matan al Minhaj Li al Iman Syarifuddin manyatakan sesuatu I’tiqad perkataan atau perbuatan yang dilakukan oleh seseorang Islam yang mukallaf menyebabkan seseorang itu tertukar daripada agama Islam.
Jumhur ulama’ menyatakan pengertian Riddah(murtad) iaitu keluar daripada agama Islam atau seseorang muslim yang menjadi kafir atau memutuskan hubungannya dengan Islam.
Adapun seandainya didapati ada kesamaran pada akidah seseorang muslim pada perkataan, dan perbuatannya untuk menetapkan dia kafir atau tidak,maka ulama’ sepakat menyatakan bahawa muslim tersebut masih belum gugur keislamannya.Hal ini dapat dilihat pada sabda nabi SAW:

امرت ان اقاتل الناس حتى يقولوا لا اله الا الله فاءذا قالوا لااله الله عصموا منى دماءهم وامواهم الا بحقها وحسابهم على الله
Maksud:Aku diperintah untuk memerangi manusia sehingga mereka berkata “tidak ada tuhan melainkan Allah”apabila diucap “tidak ada tuhan melainkan Allah”maka darah dan harta mereka terpelihara kecuali dengan haknya dan Allah yang memberi ganjaran.

Oleh kerana itu, ditegah sama sekali menghukum seseorang muslim dengan perkataan kafir disebabkan Islam telah menetapkan syarat-syarat tertentu sebagai petanda seseorang itu telah menjadi kafir. Menghukum orang lain dengan ungkapan kafir adalah ditegah sama sekali oleh syariat Islam kecuali sekiranya ia jelas melakukan atau melafaz yang boleh merosakkan akidah.Sabda Nabi S.A.W:
اذا كفر الرجل اخاه فقد باء بها أحدهما

Maksud: Apabila mengkafirkan seseorang (muslim) itu akan saudaranya, maka akan terjatuh ke atas salah seorang antara mereka.