Monday, January 25, 2010

Jadikanlah aku anak yang soleh, anak yang sentiasa menggembirakan ibu dan ayahku.AMIN..

Setelah sekian lama menghilang, akhirnya muncul semula. Tahun 2010 merupakan tahun yang semakin mencabar buat diri ini sebagai seorang pelajar. Belum pun jasad ini menyentuh Februari 2010, dugaan dan cabaran sudah pun menyapa menandakan perjuangan sebagai seorang penuntut ilmu masih jauh. Sedih juga memikirkan betapa rendahnya diri berbanding dengan sahabat-sahabat seperjuangan yang mula menunjukkan taring mereka di dalam setiap kelas yang dihadiri. Bila difikirkan, diri ini bukan sahaja tidak tumbuh taringnya malah kukunya pun tidak muncul-muncul.

Walaupun begitu, bila diingatkan pengorbanan ibu dan ayah, hati ini sentiasa meronta-ronta untuk melihat senyuman kedua-duanya. Tidak terkira terlalu banyak pengorbanan, air mata yang tumpah untuk melihat diri ini menjadi seorang yang berguna juga berbisa untuk menutup mulut-mulut yang pernah mengutuk dan menghina diri sewaktu kegagalan datang menyapa. Sakit, lapar, kenyang dan semua perkara mesti diambil tahu agar diri ini sentiasa berada pada tahap terbaik. Hebat mana pun diri ini,jika tiada kedua-duanya, Ibu dan Ayah, tak ke mana jasad juga roh ini.

wa bil wa lidai ni ihsana..Berbuat baiklah kamu kepada orang tuamu...anak mama, anak mak. Diri ini selalu mendapat gelaran itu, tapi yang menggelarnya tidak pernah sedar atau terfikir, dari mana datangnya jasad itu????

Taat dan patuh kedua-duanya, redha Allah semakin menghampiri kita, Insyaallah.

YA Rabbul Izzati,jadikanlah kami anak-anak soleh yang sentiasa menggembirakan hati ibu dan ayah kami...

No comments:

Post a Comment